Ahad, 29 September 2013
Petua Pelajar Cemerlang
Petua Pelajar Cemerlang
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Jumaat, 6 September 2013
Interior Designer
Rasanye hampir tiga bulan lebih,tidak menulis enteri di dalam blogger
nie..Hurm,sekejap bebenor masa berlalu.Rasa entah kenape,hari nie aq nak
sentuh sikit about interior designer.So,korang tengok lah apa yang
patut iye..
Hah,tgk nie apa yg dimaksudkan dgn Interior design : describes
a group of various yet related projects that involve turning an
interior space into an "effective setting for the range of human
activities" that are to take place there. An
interior designer is someone who conducts such projects. Interior
design is a multifaceted profession that includes conceptual
development, liaising with the stakeholders of a project and the
management and execution of the design.
Interior Designer implies that there is more of an emphasis on Planning, Functional design and
effective use of space involved in this profession, as compared to
interior decorating. An interior designer can undertake projects that
include arranging the basic layout of spaces within a building as well
as projects that require an understanding of technical issues such as acoustics, lighting,
temperature, etc.Although an interior designer may create the layout of
a space, they may not alter load-bearing walls without having their
designs stamped for approval by an architect. Interior Designers often
work directly with architectural firms.
An interior designer may wish to specialize in a particular type of
interior design in order to develop technical knowledge specific to that
area. Types of interior design include residential design, commercial
design, hospitality design, healthcare design, universal design,
exhibition design, spatial branding, etc. The profession of Interior
Design is relatively new, constantly evolving, and often confusing to
the public. It is an art form that is consistently changing and
evolving. Not only is it an art, but it also relies on research from
many fields to provide a well-trained designer's understanding of how
people are influenced by their environments. NCIDQ, the board for
Interior Design qualifications, defines the profession in the best way:
The Professional Interior Designer is qualified by education,
experience, examination to enhance the function and quality of interior
spaces.
F.A.Q Senibina @ Architecture
Walaupun
aku dah mengantuk tetapi ku gagahi jua menaip entri ini buat pedoman
mereka especially adik-adik yang berminat nak belajar kos senibina ni.
Memandangkan yang bertanya soalan kat aku ni kadang-kadang yang bertanya
seorang, tapi soalan bukan main banyak. Kadang-kadang dapat soalan yang
sama. Oleh itu, aku akan cuba lah muatkan dalam entri pasal F.A.Q
Senibina ni okey. Kalau soalan awak belum dijawab tu boleh lah tanya
lagi sebab abang mie ni dah pening dah nak bukak entri-entri lama,
email, form spring.
So terus dengan sesi soal jawab:
1) Apa syarat kelayakan SPM untuk membolehkan saya dapat kos senibina ni?
Sebenarnya,
aku pun tak tahu. Tapi demi nak kongsi maklumat, aku pun buat research.
Untuk apa-apa kos yang kamu nak tahu syarat kelayakannya, rajin-rajin
lah masuk website UPU ni .
Jadi di bawah ni adalah syarat untuk UiTM sahaja. Untuk U lain, kome pandai-pandailah godek-godek website ni ok.
SYARAT AM UNIVERSITI
|
2) Abang mie, saya ada terfikir nak ambil course architecture, tapi tertanya-tanya macam mana peluang kerja nak jadi arkitek?
Fikir
macam ni je dik, pembangunan,bangunan, akan sentiasa membangun &
bertambah. Mustahil peluang kerja sebagai arkitek akan semakin
berkurang. Arkitek tak pernah ada dalam ranking kadar pengangguran di
Malaysia setahu Abang lah. Cuma peluang nak dapat kerja tu, kena lah ada
skill yang bagus, communication skill pun bagus, berintergriti. Cewah,
ayat nak patriotik jew..
3) Abang Mie tahu tak mana-mana IPTS yang ada Part 1?
Sejujurnya abang memang tak tahu sehh! tapi, untuk pedoman adik-adik, bolehlah ke website Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) <----
LAM ni SANGAT PENTING untuk korang tahu kewujudannya okehhh!! Lepas
masuk website ni, bolehlah check IPTA mana yang ada pengiktirafan
(accreditation) Part 1 & Part 2. Tapi kat bawah ni yang dalam
Malaysia lah. Oleh itu, haruslah berhati-hati juga dengan IPTS yang
menawarkan kos senibina sebab kadang-kadang bunyi macam ada LAM Part 1
& Part 2, sekali kau habis belajar rupa-rupanya tak diiktiraf.
Sebelum korang sakit jiwa, lebih baik korang check dulu kat pejabat dia
ke. Mintak tunjuk sijil pengiktirafan ke apa. By the way, mungkin juga
website LAM ni dah lama tak berupdate. Wallahualam.
4) Macam mana nak pergi overseas untuk kos senibina?
Kalau
kamu merancang untuk kembali bekerja di Malaysia selepas habis belajar
Part 1 & Part 2, saya sangatlah menyarankan supaya kamu janganlah
aci redah je apa-apa universiti yang menawarkan kos senibina samada di
UK, Australia, US, etc. Berbalik semula kepada website LAM di atas,
kalau kamu godel-godek lagi, di bawah tajuk 'accreditation'> List of
Recognised Programmes, kamu akan menjumpai universiti-universiti dari
Malaysia, Australia, New Zealand,United Kingdom. Bila ada accreditation
LAM, tak lah bermasalah sangat bila nak balik kerja di Malaysia. Tapi
kalau bercadang nak murtad Malaysia, tak payah pikir accreditation pun
takpe kot.Harharhar..
5) Is it possible for a science student to take this course? Sebab takde subjek Lukisan Kejuruteraan.
Mestilah!!!
Takdak masalah eihh! Dulu masa SPM abang amek pure science. Tapi saje
tambah pendidikan seni. Hakikatnya, kalau takde Lukisan Kejuruteraan
atau Pendidikan Seni masa SPM, pun boleh apply aje.
6) Interview nanti oral ke test?
Interview
mestilah oral. Kalau interview di UiTM ada ujian melukis. Good luck!
*mungkin kalau ada masa (dan rajin sedikit) saya akan cuba buat entri
cara-cara nak pass interview kos senibina ni.*
7) Abang Mie,yang amek course Seni Bina UiTM ni memang boleh dapat kerja ke,tak takut ke nanti kalau jadi penganggur.
Tak
takut langsung dik. Huahua..berlagak. Sebenarnya, kebanyakan firm
architecture di Malaysia selalunya ramai juga graduan dari UiTM walaupun
pelajar untuk satu batch taklah ramai. Kalau dari IPTA, insyaAllah
mudah dapat kerja melainkan kamu tak perform masa interview. Kalau dari
IPTS pun boleh ajew dapat kerja maah.. Apa lah nak risau sangat,
habiskan jelah belajar dulu dengan flying colours gituww~
8) Abang Mie kalau
nak amek course senibina memang kene pandai melukis ke even dulu
Lukisan Kejuruteraan tak score A ? dan macam sangat susah je course ni.
Kalau
pandai melukis memang satu kelebihan yang besar & sangat berguna
untuk survive dalam senibina. Tapi kalau tak pandai melukis pun at least
otak tu boleh berfikir dengan bagus lah pasal architecture. Yer, kos ni
tak pernah lagi lah abang dengar orang kata senang melainkan orang tu
poyo. Huahua. Dua kali abang hampir give up. Tapi ku gagahi
jua..Sobs..sobs.. T__T
9)
Abang Mie ,memang kene kuat daya imaginasi ke kalau nak ambil course
senibina macam Abang ni ? kalau imaginasi kurang boleh ditingkatkan ke ?
Adoii
soalan ini.. Urmmm..sebenarnya daya imaginasi tu memang penting untuk
kos ni. Oh tapi daya imaginasi tu janganlah samakan dengan daya berangan
pulak. Imaginasi di sini bermaksud kebolehan kamu mentafsir,
membayangkan sesuatu bangunan terutamanya apabila melihat lukisan. Sebab
tulah kena banyak melukis. Sebab kadang-kadang daripada lukisan
(contohnya nak baca pelan, pandangan hadapan,belakang, tepi,kanan kiri,
keratan rentas bangunan), lukisan atas kertas ni bisanya dalam bentuk
2D. Kadang-kadang bila tak berapa paham, itulah gunanya kebolehan
melukis. Kamu lukis untuk tafsir apa yang kamu nampak dalam bentuk 2D ni
kepada 3D. Imaginasi kurang, mestilah boleh ditingkatkan kalau ada
usaha. Kalau cepat give up say bye-bye to architecture okey.
10) Abang ,
yang sarjana sains senibina kat uitm tu dekat shah alam ke kat iskandar
perak ? Bila kita nak tau yg kita lulus / tak intrview ? Macam mane
kalau kita dah tolak matriks , then tggu keputusan interview , sekali
kita tak dapat ?
Kat dua-dua tempat
ada. Shah Alam dan Seri Iskandar. Cuma, bila dah masuk semester 7,
pelajar dari Seri Iskandar akan masuk batch di Shah Alam. Kira gabung
batch la. Biasanya kita akan tahu keputusan interview sebelum semester
bemula la.hihihi.. Yang ni kena selalu update di website UPU. Kalau
dapat pergi interview,biasanya akan dapat surat jemputan. Aww~ suweeet
jew. Kalau awak tolak matriks dan betul-betul nak kos senibina ni,
sekiranya gagal, boleh buat rayuan. Kalau gagal juga, boleh cuba sem
depan. Macam abang, abang pergi intrview second time baru dapat tau.
Mean time abang kerja dulu sebab tak nak kos lain. Nak architecture
jugak. (lepas tu hampir 2x gak rasa nak give up dengan architecture.
Huahua.. Sadis. Tapi sekarang dah okey.heeeee.. =B ). Matriks? Tak tahu
kenapa tapi saya tak sarankan adik-adik masuk matriks. Even ayah saya
pegawai polis diraja malaysia pun tak begitu menggalakkan saya &
adik beradik masuk matriks. First, sebab silibus yang kena cover banyak
pastu cramp dalam masa yang sangat singkat. Second, sebab lepas masuk
matriks, kamu kena compete lagi untuk masuk U.Maksudnya takde jaminan
100% kamu akan dapat masuk U lepas habis belajar di matriks. Third,
sebab bila cousin saya tanda kertas periksa, dia kata budak STPM punya
jawapan lagi mantops dari budak dari matriks. Meaning---> kualiti.
Nanti tak pasal-pasal akhirnya kamu masuk U dengan result SPM kamu
jugak..Sebab dah pernah jadi pada beberapa orang rakan. Bertambah tak
membantu bila results masa matriks tak mantops.
GOOD LUCK ADIK-ADIK!!!!
KALAU DAH DAPAT KOS SENIBINA JANGANLAH GIVE UP DENGAN MUDAH OKEY!
CHAYOK-CHAYOK! FIGHTING!!! v(^__^)v
TIPS INTERVIEW SARJANA MUDA SAINS SENIBINA
1. Kaji everything psl senibina/ bangunan/ arkitek2/ apa2 yg berkaitan. Isi semasa pun sgt penting.
2. Prepare hasil2 kerja seni. (act, dee tk bwk pun. Kalau ada, lg bagus. Myb dpt extra marks)
3. Perpare segala dokumen yg diperlukan.
4. Jgn lupa bawa pensil 2B dan pemadam. (brg lain tk boleh guna masa exm lukisan)
5. Pakaian kemas. (pakaian formal. Bj kurung bg girls. Kemeja, seluar slacks n kasut hitam yg mcm org nk pegi keje tu k. Bukan kasut skula) pakai smart2 n lawa. Nk jd arkitek kne ada style. ^_^
6. Dtg awal.
8. Just hv faith in yourself. Jgn jwb dgn tergagap2. Bantai je. Dan kena ada rasa berlagak sedikit ya . *bak kata sir siva, sir dinamikaku. :)
7. Doa dan tawakal. Kalau tk dpt masa 1st intake, jgn give up. Sbb uitm akn buka utk 2nd intake pula. Tp dlm pertngahan tahunlah. Lambat lg. So, buatlah apa yg patot dlm tempoh tu ye. Selalunya kalau 2nd intake, insyaAllah kita dpt cos ni. Sbb tk ramai lgsg yg pergi interview. ^_^
2. Prepare hasil2 kerja seni. (act, dee tk bwk pun. Kalau ada, lg bagus. Myb dpt extra marks)
3. Perpare segala dokumen yg diperlukan.
4. Jgn lupa bawa pensil 2B dan pemadam. (brg lain tk boleh guna masa exm lukisan)
5. Pakaian kemas. (pakaian formal. Bj kurung bg girls. Kemeja, seluar slacks n kasut hitam yg mcm org nk pegi keje tu k. Bukan kasut skula) pakai smart2 n lawa. Nk jd arkitek kne ada style. ^_^
6. Dtg awal.
8. Just hv faith in yourself. Jgn jwb dgn tergagap2. Bantai je. Dan kena ada rasa berlagak sedikit ya . *bak kata sir siva, sir dinamikaku. :)
7. Doa dan tawakal. Kalau tk dpt masa 1st intake, jgn give up. Sbb uitm akn buka utk 2nd intake pula. Tp dlm pertngahan tahunlah. Lambat lg. So, buatlah apa yg patot dlm tempoh tu ye. Selalunya kalau 2nd intake, insyaAllah kita dpt cos ni. Sbb tk ramai lgsg yg pergi interview. ^_^
Sekian,
Wassalam...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment